SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Tuesday 14 February 2012


Teknik Plot Novel Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 2 peristiwa yang menggunakan teknik kejutan.
Teks Kajian Novel Tingkatan 5

Novel yang telah saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah Kabus di Perbukitan, karya Mohamad Kholid Hamzah.Pengarang telah menggunakan teknik kejutan dalam novel ini.
Teknik kejutan digunakan untuk menyampaikan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga oleh pembaca. Dalam novel Kabus di Perbukitan, antara peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik kejutan adalah seperti yang berikut.

Kejutan berlaku apabila Faridah berjaya ditemui. Hanya Kamaruddin dan Buyung berdua sahaja sudah cukup untuk berjaya menemui Faridah sedangkan pihak polis, Jabatan Perhilitan, Pasukan Bomba dan Penyelamat gagal malahan penggunaan khidmat penjejak Senoi Praak dan bantuan helikopter Tentera Udara turut menemui jalan buntu. Sementara itu, sesiapa pun tidak dapat menduga bahawa penemuan Faridah sebenarnya dibantu oleh Rahayu yang sering mengigau tentang Faridah. 

Pembaca tentu tidak menduga bahawa beberapa watak yang muncul dalam hidup Faridah dimatikan satu per satu secara berturut-turut. Mula-mula, adik kembarnya Rahayu meninggal dunia di sisinya serentak dengan dia tersedar daripada koma yang panjang. Dua tahun kemudian, ibunya Salmah meninggal dunia. Tidak lama selepas kematian ibunya, Ghazali suami kesayangan Faridah pula meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Keadaan ini sesungguhnya membuatkan pembaca berasa gelisah dan bingung melihat nasib malang yang menimpa Faridah secara bertubi-tubi. 

Kesimpulannya, saya dapat mengkaji teknik kejutan dalam novel ini.

Tema Novel Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, nyatakan tema bagi novel tersebut.

                Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, tema yang cuba diketengahkan adalah jati diri seorang anak bangsa Melayu terhadap adat,bangsa, agama Islam dan tanah airnya.
                Tema ini dapat dilihat berdasarkan watak utama novel ini, Faridah. Dia tidak pernah lupa akan bumi kelahirannya sebaliknya sentiasa merindui negaranya walaupun di perantauan. Sebagai contoh,  setelah 25 tahun Faridah meninggalkan Malaysia, Faridah tidak lupa akan Malaysia. Dia telah kembali ke Malaysia dan menziarahi Pak Talib dan rumah dia dibesarkan oleh ibunya, Salmah di Sungai Besar. Selain itu, apabila Faridah mengetahui Zain juga berasal dari Sungai Besar, Faridah begitu teruja untuk mengetahui perkembangan Sungai Besar dan menyatakan kerinduannya pada Sungai Besar.
                Selanjutnya, Faridah juga mempunyai jati diri yang utuh akan pegangan agamanya. Dia begitu menitikberatkan aspek halal dan haram. Walaupun Faridah menetap di luar negara, dia tidak pernah melanggar larangan dan batasannya sebagai seorang muslim. Tamsilannya, Faridah meminta anaknya, Anne untuk membeli ayam dan rempah kari di Nomad's, iaitu kedai pilihan keluarganya untuk mendapatkan makanan halal. Selain itu, Faridah juga menikahkan anaknya Melina dengan pasangannya Benny(Jabbar al-Anbia) mengikut cara hidup Islam. Mereka berdua telah dinikahkan di Masjid al Noor, Christchurch, New Zealand.
                Sementelahan itu, Faridah masih mengekalkan identitinya walaupun sudah menetap di New Zealand melebihi dua dekad. Dia tidak pernah cuba untuk menjadi orang lain atau berubah sikap setelah meninggalkan tanah airnya. Sebaliknya, semangat cinta akan negara di dalam sanubarinya bertambah utuh dan ampuh. Misalnya, Faridah mengekalkan nama panggilannya iaitu 'Idah' walaupun berada di luar negara. Faridah juga gemar mengakses internet untuk mencari siaran Radio Satu di Malaysia. Apabila Faridah rindu akan Malaysia, dia akan mendengar lahgu-lagu Melayu yang ke udara di internet.
                Natijahnya, tema jati diri seorang anak bangsa Melayu terhadap adat,bangsa, agama Islam dan tanah airnya wajar dijadikan amalan di dalam hidup kita. Hal ini demikian kerana sejauh manapun kita merantau, tanah kita yang tercinta tidak wajar dilupakan dan dianaktirikan. Oleh sebab itu, memang tidak salah lagi bahawa mengikut pepatah melayu bahawa hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.







Teknik Plot Novel Kabus di Perbukitan

     Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah. Dalam neovel ini, pengarang telah menggunakan teknik pemerian bagi menjadikan jalan cerita lebih menarik. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan sesuatu watak secara langsung  oleh  pengarang.
     Antara contoh penggunaan teknik pemerian dalam novel ini termasuklah ketika :
(a)m.s 150
1.Pengarang menceritakan suasana di Rosewood, Christchurch, New Zealand.
2.Udara awal musim sejuk berat dan basah. Faridah terbatuk-batuk kecil. Tubuhnya dibalut dengan baju panas daripada kain bulu halus. Hangat, tetapi masih belum lagi menyelesakan.
3. Saban tahun dia akan menghadapi masalah yang sama walaupun telah 25 tahun dia berhijrah ke Negara Tanah Baharu ini. Meraka sekeluarga tinggal di kawasan perbukitan.


(b)m.s 157

1. Pengarang juga menceritakan keindahan rumah banglo yang menarik perhatian Melina di Marang.
2.Rumah bangle setingkat itu dibina daripada batu bata merah, tidak diplaster simen.
3.Atapnya daripada genting senggora, fesyen rumah lama. Berandanya paling menarik, betul-betul menghadap laut.


Teknik Plot Novel Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, nyatakan teknik imbas muka yang terdapat di dalam novel tersebut.

                Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, antara teknik imbas muka yang digunakan adalah sewaktu Faridah bermonolog sendirian kerana berasa hairan akan keadaan sekelilingnya. dia berasa hairan dengan keadaan bilik air yang dilengkapi dengan tab mandi, sinki yang mempunyai dua kepala paip, sabun dan berus gigi yang masih baharu dan ubat gigi berjenama ' Clean & White ', keluaran England. Faridah membuat andaian bahawa barangkali dia berada dalam sebuah hotel jauh di pergunungan yang mempunyai ciri-ciri eksklusif. Faridah merasakan berkemungkinan dia berada di Bukit Fraser.
                Selanjutnya, teknik imbas muka juga dapat dikenal pasti semasa pihak polis membuat andaian semasa proses menjejaki Faridah dan Iqbal. Dalam konteks ini, pihak polis tidak berjaya menemukan sebarang bukti yang kukuh sama ada Faridah dan Iqbal masih hidup atau telah mati. Pihak polis hanya membuat andaian bahawa Faridah dan Iqbal mungkin telah dibawa ke tempat lain setelah kemalangan berlaku. Namun begitu, pihak polis masih tidak dapat mengukuhkan lagi perkara tersebut.
                Sementelahan itu, watak Dr. Susan juga ada menggunakan teknik imbas muka. Dalam hal ini, Rahayu sering meracau-racau di dalam tidurnya semasa dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Hamidah, ibu tiri Rahayu mengalirkan air mata melihat situasi tersebut dan telah ditenangkan oleh Dr. Susan dengan mengatakan bahawa mungkin Rahayu meracau-racau akibat daripada kesan morfin. Selain itu, Dr. Susan juga membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Rahayu mengalami transaksi bawah sedar.
                Di samping itu, teknik imbas muka telah ditunjukkan melalui watak Melina. dia telah membuat andaian bahawa adakah Benny merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya. Hal ini demikian kerana, Benny telah meninggalkan dirinya selama empat hari tanpa sebarang pesanan. Melina bingung dan tidak tahu ke mana hilangnya suaminya itu.
                Natijahnya, terdapat pelbagai teknik imbas muka yang telah digunakan di dalam novel Kabus di Perbukitan karaya Mohamad Kholid Hamzah.


Latar Masa Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan,huraikan latar masa yang dikemukakan oleh pengarang.
                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan lima ialah Kabus Di Perbukitan, karya Mohammad Kholid Hamzah. Pengarang telah mengemukakan beberapa latar  masa yang menjadikan novel ini sungguh menarik untuk dibaca..
(penyataan) – PAGI (6.00 PAGI)
1.       Rahayu bangun pagi dan teringat  tugasan MP 3714
2.       Selepas solat subuh, dia berdoa supaya mendapat hidayah
3.       Rahayu terasa lehernya sakit dan mempunyai bengkak
4.       Dia berfikir bahawa mungkin kesakitan adalah berpunca daripada ulser
5.       Beliau tiba di perpustakaan dan berjumpa dengan Azrul untuk mengulangkaji dan seterusnya menuju ke kafateria.
6.       Semasa menuju ke bahagian Malaysiana,dia pengsan.

(penyataan) – PETANG
1.       Bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub diadakan sidang akhbar.
2.       Sidang ditunda sehingga 3.30 petang kerana kelewatan Pegawai JKM Negeri.
3.       Tujuan adalah menamatkan operasi mencari dan menyelamat Ops PDK.
4.       Segala usaha yang telah dibuat untuk mengesan mangsa termasuklah menggunakan anjing pengesan dan penjejak dari pasukan PGA tetapi menemui kegagalan.

(pernyataan) –MALAM

1.       Bacaan surah Yasin diadakan di rumah Salmah pada waktu malam.
2.       Orang kampung Parit Tiga mengunjungi rumah Salmah.
3.       Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak membaca surah Yasin.
4.       Air mata Salmah berlinangan keluar kerana musibah yang menimpa Faridah.

Latar Tempat Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel yang anda kaji, anda diminta menghuraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
                                                                                                                                    (7 Markah)
Jawapan:
            Berdasarkan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Khalid Hamzah yang  saya kaji di Tingkatan Lima, saya ingin membincangkan latar tempat yang terkandung dalam novel tersebut.
            Antara latar tempatnya ialah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Contoh peristiwa yang berlaku di HUKM ialah Rahayu yang telah tiba-tiba jatuh pengsan di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia telah dihantar dan dirawat di sini. Di samping itu, Doktor Susan telah mengesahkan Rahayu menghidap kanser paru-paru. Setelah menjalankan ujian biopsy, HUKM juga merupakan tempat di mana Rahayu menerima rawatan kimoterapi. Puan Hamidah juga telah menunjukkan kasih sayangnya terhadap Rahayu dengan menemani dan menjaga Rahayu yang sedang menerima rawatan apabila Mejar (B) Kamarudin sedang sibuk menjalankan operasi mencari Faridah yang hilang di Bukit Fraser.
            Latar tempat di Rosewood, Christchurch di New Zealand memainkan peranan yang penting dalam novel Kabus di Perbuitan. Contoh peristiwa yang berlaku di sini ialah Faridah telah mendirikan rumahtangga dengan Soleh Johnson atau nama sebenarnya Samuel Kirkby Johnson dan telah bermastautin di Rosewood selama 25 tahun. Suami Faridah, Soleh Johnson, mempunyai perusahaan dan penternakan milik keluarganya iaitu Pusat Penyembelihan Al-Hijrah yang menjalankan operasi penyembelihan kambing biri-biri secara halal dan mengikut hukum syarak dengan menggunakan khidmat beberapa orang pelajar dari Universiti berdekatan. Selain itu, hasil perkahwinan mereka, Faridah dan Soleh telah dikurniakan dua cahaya mata kembar iaitu Anne dan Melina. Walaupun sudah lama menetap di Rosewood, Faridah tetap mengekalkan jati dirinya sebagai orang Melayu dengan sentiasa terkenang akan tanah airnya dan mengekalkan panggilan nama Idah. Akhirnya Faridah dan suaminya telah kembali ke Malaysia dan menetap di Cameron Highlands.
           

Nilai-Nilai Murni Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan,huraikan nilai-nilai murni yang dikemukakan oleh pengarang.
                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan lima ialah Kabus Di Perbukitan, karya Mohammad Kholid Hamzah. Pengarang telah mengemukakan beberapa nilai murni yang menjadikan novel ini sungguh menarik danbermalna.
(Penyataan) – Pengarang telah mengemukakan nilai kasih sayang.
1.       Kasih sayang yang ditunjukkan ialah kasih sayang antara bapa dengan anak.Mejar (B)Kamarudin sayang akan anak perempuannya,Faridah.
2.       Dia telah mendaki  Bukit Kutu bersama Buyung yang bertugas di Perhilitan Kuala Kubu Bahru untuk mencari Faridah.
3.       Operasi menyelamat Faridah dan Iqbal telah ditamatkan setelah dua minggu.
4.       Dia sanggup berbuat demikian walaupun sudah lama bersara dari dunia ketenteraan.
5.       Berkat usaha Mejar(B)Kamarudin,Faridah akhirnya dapat ditemui di sebuah perkampungan Orang asli di Sungai Dua.
(Penyataan) – Kasih sayang antara adik-beradik,Rahayu sayang akan kakak kembarnya,Faridah.
1.       Rahayu yang menghidapi penyakit kanser paru-paru telah menyuruh Mejar(B)Kamarudin agar mencari Faridah yang hilang dalam satu kemalangan jalan raya.
2.       Rahayu mempunyai hubungan telepati dan dapat berkomunikasi secara bawah sedar dengan Faridah.
3.       Rahayu dapat melihat Faridah sedang mandi di sebatang sungai berhampiran perkampungan Orang asli dalam mimpinya.
4.       Mengikut Doktor Susan, mungkin wujud hubungan  bawah sedar antara Faridah dan Rahayu melalui hubungan telepati.
5.       Dalam pertemuan mereka yang terakhir,Rahayu memberitahu Faridah bahawa hayatnya hampir tamat dan memesan Faridah agar menjaga diri dan ibu bapa mereka dengan baik
6.       Rahayu meninggal dunia di samping Faridah di HUKM.
(Tambahan)
1.    Selain itu,pengarang juga mengemukakan nilai bertanggungjawab.
2.    Faridah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan menjaga ibunya,Salmah dengan baik.
3.    Faridah peka akan keperluan dan kehendak Salmah dan sanggup berkongsi suka duka ibunya.
4.    Faridah telah menyuapkan ibunya makanan apabila ibunya sakit.
5.    Faridah masih tinggal bersama dengan ibunya walaupun sudah berkahwin dengan Ghazali.

Latihan & Jawapan Novel Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan” yang telah anda kaji, huraikan perwatakan watak utama. (7m)

         Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan” hasil karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya kaji, saya ingin membincangkan perwatakan watak utama. Watak utama dalam novel ini ialah Faridah.

Pernyataan: - Faridah merupakan seorang yang penyayang.
  1. Faridah menunjukkan kasih sayang kepada kedua-dua anak perempuannya, iaitu Anne dan Melina.Dia berusaha memastikan perkahwinan mereka berjaya.
  2. Faridah berusaha untuk memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anaknya.
  3. Faridah sanggup menghantar anak-anaknya pergi belajar di sekolah agama Islam yang terletak di Rosewood, New Zealand di mana jarak perjalanan dari rumahnya mengambil masa kira-kira 30 minit.
  4. Faridah juga menunjukkan sikap penyayang kepada ibunya, Salmah.
  5. Faridah sanggup menjaga ibunya sejak ditinggalkan oleh ayahnya yang bernama Mejar (B) Kamarudin. Dia tidak memilih untuk pergi bersama suaminya yang pertama, Encik Ghazali ke Klang kerana ingin menjaga ibunya yang semakin tua dan sakit.
  6. Faridah menunjukkan kasih sayang kepada kakaknya yang lama terpisah, Rahayu. Semasa berada dalam keadaan koma akibat kemalangan di Bukit Fraser, Faridah selalu bermimpi dia didatangi oleh Rahayu.

Pernyataan: - Faridah mempunyai jati diri yang kukuh.
  1. Selepas kematian ibu dan suaminya, Encik Ghazali, Faridah telah mendapat tawaran Jabatan Kementerian Malaysia (JKM) untuk mengikuti kursus Community Service for Disable Person selama 6 bulan di New Zealand dan dia telah menerimanya.
  2. Faridah kemudian berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris yang Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya, Soleh Johnsons. Dia telah menetap di New Zealand hamper 25 tahun.
  3. Walaupun merantau jauh ke New Zealand, Faridah tidak melupakan asal usul dirinya sebagai seorang umat Islam.
  4. Faridah memegang kuat pada agamanya. Dia juga mendidik agama kepada anak-anaknya iaitu Anne dan Melina.
  5. Faridah mendaftarkan anak-anaknya untuk belajar di sebuah sekolah agama Islam yang terletak di Rosewood, New Zealand sejak enam tahun lagi.
  6. Faridah telah bersetuju dengan suaminya untuk membuka sebuah pusat penyembelihan hijrah di Rosewood dengan tujuan untuk menyembelih secara halal.
  7. Faridah sering menasihati anak-anaknya untuk mengamalkan ibadat sebagai seorang umat Islam. Dia sering merindui masakan Melayu seperti kari.
  8. Faridah berhasrat untuk pulang ke tanah airnya, Malaysia. Apabila berpeluang untuk pulang ke rumah ibunya yang terletak di Kampung Parit 3, Sungai Besar, dia berasa bersyukur dan telah menitiskan air mata dalam kegembiraan.

Pengenalan Novel

  1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
  2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
  1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
  2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
  1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
  2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
  3. Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara    tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
  4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
  5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
  6. Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
  7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
  8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
  9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
  10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
  11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin   diktator,   koruptor,   penjenayah,   dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
  12. Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.

Binaan plot:
1.     Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2.     Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3.     Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
4.     Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5.     Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6.     Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7.     Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
8.     Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
9.     Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
 http://bmspm.net/plot2.JPG


Teknik Plot:
  1. Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
  2. Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
1.      Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.      Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b)    Imbas muka
1.      Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2.      Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c)    Saspens
1.      Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d)    Konflik
1.      Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.      Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.      Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)   Kejutan
1.      Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.      Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
 (f)   Dialog
1.      Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2.      Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
           Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 (a)  Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
 (b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 (e)   Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.


Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
 Teknik sudut pandangan:
 (a)   Sudut pandangan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan.  Sudut pandangan ini  disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b)    Sudut   pandangan   orang   ketiga   tidak terbatas (serba tahu)
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
 (c)   Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang    tidak    menceritakan    semua peristiwa atau  watak tetapi  hanya  akan memilih      watak-watak      tertentu      dan penceritaannya  tertumpu  kepada  mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
 (d)   Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.



Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)  Diksi
  • Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
  • Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
  • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)   Personifikasi
  • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
  • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada darisegi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
  • Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
  • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
  • Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora
  • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
  • Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola
  • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secaraberlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
  • Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope
  • Bermaksud penyingkatan perkataan
  • Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
  • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
  • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi
  • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
  • Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi
  • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
  • Contohnya: pengulangan konsonan dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k)  Pengulangan
  • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
  • anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
  • epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
  • repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l)   Perlambangan
  • merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
  • contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
Antara contoh nilai ialah:
  1. Baik hati
  2. Berdikari
  3. Hemah tinggi
  4. Hormat-menghormati
  5. Kasih sayang
  6. Keadilan
  7. Kebebasan
  8. Keberanian
  9. Kebersihan mental dan fizikal
  10. Kejujuran
  11. Kerajinan
  12. Kerjasama
  13. Kesederhanaan
  14. Kesyukuran
  15. Rasional
  16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.



Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….
        Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh….    
  …diikuti dengan contoh dalam teks.   

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.